PAPAN PEMUKA (DASHBOARD) ANALITIK PENGAJARAN
(PM Dr. Ts. Azman Ta'a)
Reka Bentuk PembelajaranReka bentuk Pembelajaran menyumbang kepada penyusunan dan aturan reka bentuk P&P dengan menyimpan corak jejak digital pelajar, kecenderungan kemahran pelajar, dan meningkatkan pengetahuan dan tafsiran terhadap analisis pembelajaran.
|
Analitik PembelajaranAnalitik pembelajaran disesuaikan untuk memenuhi kehendak reka bentuk P&P yang dianggap sebagai penyumbang kepada peningkatan reka bentuk pembelajaran dalam interaksi reka bentuk seterusnya, dan menjadi maklumat penting untuk merancang dan pelaksanaan amalan pengajaran
|
Analitik PenyelidikanAnalitik Penyelidikan menyediakan maklumat tentang penyelidikan, penerbitan, persidangan, perundingan dan maklumat yang berkaitan dengannya untuk menyokong kompetensi pendidik. Maklumat ini disokong oleh data yang diperolehi dari sumber luar.
|
Analitik PengajaranInteraksi antara empat (4) komponen (RB, AB, AS, dan AP) yang berlaku membolehkan semua analisis data yang terhasil dikumpulkan di e-Portfolio pendidik, dan menjadikannya suatu rujukan dokumen yang lengkap untuk P&P sesorang pendidik.
|