Meeting With DSP Strategies Group
Saya dan Dr Muhammad Shahbani yang mewakili School of Computing (CAS) telah menghadiri mesyuarat/perbincangan dengan pihak DSP Strategies Group pada 29/11/2013, di KLIA. Pihak DSP diwakili oleh Mr. Amir Razelan dan Mr. Ridzuan dan perbincangan adalah mengenai kerjasama untuk membangunkan penyelidikan/projek "Big Data". Dalam pertemuan ini mesyuarat telah membincangkan lebih lanjut tentang LOI dan NDA yang masih diperhalusi oleh pihak DSP dan CAS. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan "term and references" dalam kerjasama ini supaya penyelidikan/projek dapat dipercepatkan. Pihak CAS dan DSP amat berminat dan berharap penyelidikan dan aplikasi "Big Data" yang dibangunkan dapat direalisasikan di peringkat nasional dan antarabangsa. Pihak DSP yang mempunyai hubungan dengan syarikat multinasional di Silicon Valley, Amerika Syarikat diharap dapat menengahkan produk dan kepakaran penyelidik tempatan, khususnya UUM di peringkat antarabangsa.